Saturday 5 January 2013

8 NEGARA EROPAH 15HARI 12 MLM


8 NEGARA EROPAH - 15 HARI 12 MALAM

KUL/FRA  25 May 2013  23:59/26 May 2013  0640
LON/KUL  07 Jun 2013  2150/08 Jun 2013   1725

25 mei      KLIA – Frankfurt 
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas. Pastikan pasport anda 6 bulan shah laku sehingga hari akhir penerbangan pulang dari London.

26 mei      Frankfurt – Koblenz(Germany)
07:00  tiba di Frankfurt airport bertemu wakil aida travel dan membawa anda menaiki bas untuk mulakan perjalanan anda  melalui Rhine Valley(sungai rhine) yang amat popular dikalangan pelancong. Singah di Sank Goar -Loreley sambil menyaksikan kiri kanan sungai lading anggur luas terbentang  dan Castle lama yg masih digunakan. Kemudian meneruskan perjalanan ke Koblenz untuk melawat Deutsches Eck (petemuan antara sungai Rhine dan Mosel) kemudian check in hotel. Bermalam di Koblenz.
 
27 mei      Koblenz  – Heidelberg - Stuttgart
08:30 meneruskan perjalanan ke Heidelberg. Bandar Heidelberg banyak di kelilingi bangunan lama yg kaya dgn sejarah, dan juga Heidelberg juga memiliki Universiti tertua di German. Selepas melawat Heidelberg Castle makan tengahari dan sembahyang, selepas itu meneruskan perjalanan ke Stuttgart untuk bermalam. Jika masa mengizinkan anda akan di bawa ke Factory outlet yg menjual barang berjenama. Bermalam di Stuttgart.

28 mei    Stuttgart – Schaffhausen – Innsbruck(Austria)
 08:30 meneruskan perjalanan melawat Rhinefall (air terjun terbesar di Eropah) melalui Black Forest. Anda juga berpeluang singgah di tempat membuat Cocoo Clock. Kemudian meneruskan perjalanan ke Innsbruck dan berhenti makan tengahari dan sembahyang  di Winterthur. Selepas makan  meneruskan perjalanan ke Innsbruck untuk bermalam.

29 mei     Innsburck – Verona – Venice(Italy)
08:00 Bersama guide Innsbruck City Sightseeing selama 2 jam. Jam 10:00 meneruskan perjalanan ke Venice melalui Verona.(Singgah sebentar di Verona melawat Juliet Balcony dan makan tengahari) Verona adalah bandar menyimpan sejarah Romeo dan Juliet dan Salah satu daripada bandar-bandar yang paling berkuasa semasa pemerintahan awal Empayar Rom, bandar lama Verona merupakan salah satu bahagian yang terbaik dipelihara di negara ini. Habis di Verona meneruskan perjalanan ke Venice untuk bermalam.

30 mei     Venice – Milan  
09:00 perjalanan ke Venice, sampai di Tronchetto jety menaiki water taxi ke pulau venice bersama guide selama 3 jam. Jam 13:00 meneruskan perjalanan ke Milan dan terus check in hotel. Masa untuk bersiar2 di Milan. Bermalam di Milan


31 mei      Milan - Mt Titlis – Lucerne
08:00 meneruskan perjalanan ke Angelberg untuk menaiki puncak Mt Titlis melalu kawasan perkampungan yang cantik pemandanganya. (Kalau masa mengizinkan singgah sebentar di Fox Town factory outlet). Mt Titlis dikelilingi oleh glasier alpine. Semasa menaiki ROTAIR kereta kabel berpusing anda akan menyaksikan pemandangan menakjubkan crevasses dalam glasier dan bongkah batu ais gergasi. Di bahagian atas (3020 m - 10000 kaki), pemandangan indah Alps menanti anda. Selepas puas bermain snow ball di puncak Mt Titlis meneruskan   perjalanan ke Lucerne salah satu bandar tumpuan pelancong dari serata dunia. Sangat terhibur berjalan2 di bandar Lucerne ini, sambil anda menyusur tasiknya yang cantik dengan air yang jernih, semuanya anda lakukan dengan berjalan kaki melalui Chapel Bridge, Water Tower, Lion Monument dan bersiar2 di Old Town sambil bebelanja di “Casagrande”  kedai yang porpular dengan berbagai2 jenis souvenir. Bermalam di Lucerne.
 
01 jun    Lucerne – Paris
08:30 guide dtg bertemu anda di hotel, bersama guide Lucerne City Sightseeing selama 2 jam. Selepas habis bersama guide meneruskan perjalanan ke Paris dan berhenti di Dijon untuk makan tengahri dan sembahyang. Bermalam di Paris


2 jun       Paris
09:00 guide betemu anda di loby hotel. Hari ini anda akan menikmati keindahan bandaraya Paris. Anda akan dibawa melawat tempat2 menarik di sekitar kota Paris seperti melawat Vendome Square, Old Opera house, Notre Dame, Eiffel Tower, Arc de Triomphe, Concorde dan banyak lagi. “Champ Elysee  Avenue” (Champ Elysee adalah dataran yang terkenal jadi tumpuan orang ramai).
3 jun  Paris – Brugge - Amsterdam
08:30 Meneruskan percutian anda ke Amstedam melalui Brugge. Brugge sebuah Bandar tua yang cantik di Belgium, dia juga tekenal dgn jolokan "Venice of the North". Sungai2 mengalir di celah2 bangunan menjadi tarikan pelancong dan Brugge juga tekenal dgn peniagaan kain lace. Selepas makan tgh meneruskan perjalanan ke Amsterdam. Bermalam di Amsterdam

4 jun      Amsterdam
09:00 guide betemu anda dan terus ke Volandam sebuah  perkampungan nelayan yang terkenal di Holand ini dimana anda boleh membeli cendera hati yang banyak dijual disini. Juga tidak ketinggalan ke Zaanse Schans perkampungan windmill yang terletak di river zaan. Dalam perjalanan anda juga berpeluang singgah di kilang membuat keju. Selesai disini balik ke Bandar Amsterdam untuk Amsterdam City Sightseeing. Sekiranya masih ada masa selepas sightseeing boleh lah anda menaiki Canal Cruise. Selepas itu makan mlm dan balik ke hotel.

5 jun         Amsterdam – Brussel – London
08:30 pagi anda akan meneruskan perjalanan ke Brussel dimana anda akan melawat Ibu Kota Kesatuan Eropah ini besama pemandu pelancong. Petang meneruskan perjalanan ke London menaiki Eurostar dari Gare du Midi station. Sampai di St Pancras(London) station pemandu menunggu anda untuk menghantar anda ke hotel. Bermalam di London   
 
6 jun        London
Hari ini masa anda untuk mengenali kota London, anda akan dibawa melawat  Kensington Palace, Houses of Parliament, Westminster Abbey, Trafalgar Square and the Changing of the Guard at Buckingham Palace, Tower of London, London Bridge.

7 jun        London  – Kuala Lumpur
Aturcara bebas. Jam 11:00 pagi  pemandu menghantar anda ke airport untuk penerbangan pulang ke tanah air. Bermalam dlm kapal terbang

8 jun        Kuala Lumpur
14:10 di jangka tiba di KLIA. Selamat pulang ke tanah air.

        
Harga Seorg:

Harga Termasuk:
1.     Kenderaan sepenuh masa  mengikut itinerary   
2.     Kidmat penyambut tetamu di airport Frankfurt
3.     Kidmat pemandu pelancong di Rhine Valley
4.     Kidmat pemandu pelancong di Heidelberg
5.     Cable car di Heidelberg  
6.     Kidmat pemandu pelancong Innsbruck   
7.     Kidmat pemandu pelancong di venice    
8.     Ticket bot ke pulau Venice pergi dan balik  
9.     Kidmat pemandu pelancong di Lucerne  
10.   Kidmat pemandu pelancong di Paris
11.   Ticket Eiffel tower 2nd floor    
12.   Kidmat pemandu pelancong di Brussels   
13.   Kidmat pemandu pelancong di Amsterdam   
14.   Kidmat pemandu pelancong di London   
15.   Eurostar ticket Brussel ke  London  
16.   Driver dan guide tip
17.   Penginapan hotel 2-3 star 12 malam  dgn sarapan pagi
18.   Vat and city tax.  

   Tidak termasuk:
1.     Mt Titlis ticket EUR65
2.     Amsterdam canal cruise EUR12
3.     River cruise Paris EUR12
4.     Madame tussauds – one day ticket: EUR30.00 / Visit after 5PM: EUR20.00
5.     Makan tengahari dan makan malam
6.     Ticket penerbangan dari Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment