Thursday 26 December 2013

14 HARI / 11 MALAM MELANCONG 6 NEGARA EROPAH



14 HARI / 11 MALAM MELANCONG 6 NEGARA 
 
30 may                     KLIA – Frankfurt
3 jam sebelum berlepas berkumpul di KLIA untuk check in.  

31 may                     Frankfurt – Rhine Valley – Wertheim Village -  Wurzburg
06:40 di jangka tiba di Frankfurt  airport, guide menunggu anda dan membawa anda menaiki bas untuk Rhine Valley sightseeing. Bermula dari Rudesheim melalui sepanjang sungai Rhine ke Loreley/Sank Goar. Selepas itu meneruskan perjalanan ke Frankfurt -  Tour berjalan kaki di Old Town, kawasan Romer dan sekitar, pastikan anda membawa camera untuk mengambil gambar pemandangan seni bina lama yg menakjubkan. Kemudian makan tengahari. Selepas makan tengahari anda di bawa ke Wertheim Village pusat jualan barang berjenama. Selepas menghabiskan masa 3 jam disini anda di bawa ke Wurzburg untuk bermalam.

01 jun                    Wurzburg – Rothenburg ob der Tauber– Stuttgart  
08:30 check out hotel dan mulakan perjalanan ke Rothenburg ob der Tauber atau terkenal dgn nama Romantic Road. Guide akan menemani anda selama 2 jam disini. Kemudian meneruskan perjalanan ke Stuttgart. Makan tengahari, selepas itu bertemu guide dan membawa anda mengenali Bandar Stuttgart.  Stuttgart adalah Bandar pengeluar kereta Mercedes.  Selepas 3 jam sightseeing check in hotel.


02 jun                     Stuttgart – Black Forest – Schaffhausen - Lucerne
 08:30 check out hotel meneruskan perjalanan melawat Rhinefall (air terjun terbesar di Eropah) melalui Black Forest. Anda juga berpeluang singgah di tempat membuat Cocoo Clock di  Triberg.  Selepas di Cocoo Clock terus ke Schaffhausen Waterfall, dlm perjalanan singgah makan tengahari dan sembahyang. Selepas melawat waterfall meneruskan perjalanan ke Lucerne. Makan mlm jalan kaki dari hotel. Bermalam di Lucerne

03 jun                      Lucerne – Mt Titlis – Lucerne  
08:30 meneruskan perjalanan ke Angelberg untuk menaiki puncak Mt Titlis melalu kawasan perkampungan yang cantik pemandanganya. Mt Titlis dikelilingi oleh glasier alpine. Semasa menaiki ROTAIR kereta kabel berpusing anda akan menyaksikan pemandangan menakjubkan crevasses dalam glasier dan bongkah batu ais gergasi. Di bahagian atas (3020 m - 10000 kaki), pemandangan indah Alps menanti anda. Selepas puas bermain snow ball di puncak Mt Titlis balik ke Lucerne untuk makan tengahari dan aturcara bebas.  Melawat Chapel Bridge, Water Tower, Lion Monument dan bersiar2 di Old Town.  Atau membeli belah barang berjenama di Bucherer.  Atau bebelanja membeli  souvenirs, ada banyak kedai souvenirs disini, salah satu yg popular ialah “Casagrande”

04 jun                    Lucerne –Interlaken -  Montreux
08:00AM bertolak ke Interlaken, masa untuk anda menikmati pemandangan di kaki gunung Alps yang menakjubkan. Anda diberi masa untuk bersiar2 di kawasan peranginan ini sebelum meneruskan perjalanan anda ke sebuah lagi Bandar percutian  di Swiss ini (Montreux). Montreux ini jadi tumpuan peminat Jazz seluruh dunia setiap bulan July (Jazz Festival). Terletak menghadap tasik yang luas terbentang sehingga ke Geneva. Bermalam di Montreux.

05 jun                   Montreux - Paris
09:30 meneruskan perjalanan ke Paris. Perjalanan yang jauh, perjalanan 7-8 jam.  Bermalam di Paris

06 jun                     Paris
09:00 guide betemu anda di loby hotel. Hari ini anda akan menikmati keindahan bandaraya Paris. Anda akan dibawa melawat tempat2 menarik di sekitar kota Paris seperti melawat Vendome Square, Old Opera house, Notre Dame, Eiffel Tower, Arc de Triomphe, Concorde dan banyak lagi. “Champ Elysee  Avenue” (Champ Elysee adalah dataran yang terkenal jadi tumpuan orang ramai).

07 jun                   Paris – Bruges - Amsterdam  
08:30 Meneruskan percutian anda ke Amstedam melalui Brugge. Brugge sebuah Bandar tua yang cantik di Belgium, dia juga tekenal dgn jolokan "Venice of the North". Sungai2 mengalir di celah2 bangunan menjadi tarikan pelancong dan Brugge juga tekenal dgn peniagaan kain lace. Driver akan menurunkan anda di city centre dan anda diberi masa  untuk bersiar2 di Brugge dan makan tgh hari.  Selepas makan tgh hari  meneruskan perjalanan ke Amsterdam.

08 jun                     Amsterdam
08:30 bertolak dari hotel dan betemu guide jam 9AM di perjalanan,  dan terus ke Volandam sebuah  perkampungan nelayan yang terkenal di Holand ini dimana anda boleh membeli cendera hati yang banyak dijual disini. Juga tidak ketinggalan ke Zaanse Schans perkampungan windmill yang terletak di river zaan. Dalam perjalanan anda juga berpeluang singgah di kilang membuat keju. Selesai disini balik ke Bandar Amsterdam untuk Amsterdam City Sightseeing. Selepas sightseeing boleh lah anda menaiki Canal Cruise. Selepas itu makan mlm di Damrak dan balik ke hotel.

09 jun                     Amsterdam – Brussel -  London
08:00 pagi anda akan meneruskan perjalanan ke Brussel dimana anda akan melawat Ibu Kota Kesatuan Eropah ini besama pemandu pelancong.  Bertemu pemandu pelancong di Atomium – mercu tanda Bandar kesatuan Eropah ini, asalnya adalah tempat World Fair pada tahun 1958. Kemudian anda di bawa ke city centre walking tour dan makan tengahari dan city sightseeing. Habis sightseeing anda di bawa ke masjid untuk sembahyang jamak. Kemudian anda akan di hantar ke Gare du Midi untuk menaiki eurostar ke London. Sampai di London driver menunggu anda dan menghantar anda ke hotel penginapan.

10 jun                      London
9AM bertemu guide di loby,  anda dibawa untuk London City tour. Hari ini masa anda untuk mengenali kota London, anda akan dibawa melawat  Kensington Palace, Houses of Parliament, Westminster Abbey, Trafalgar Square and the Changing of the Guard at Buckingham Palace, Tower of London, London Bridge. Makan tengahari dan sembahyang di Malaysia Hall.  Jam 5PM habis sightseeing anda akan di hantar ke hotel.

Kedudukan hotel di Bayswater mudah untuk anda bersiar2 di Hyde Park, Oxford street jalan kaki dari hotel

11 jun                       London  – Kuala Lumpur
Hari ini aturcara bebas - Pagi sebelum anda bersiar2 check out dan simpan beg anda di tempat simpan beg di hotel. Jam 5PM  pemandu menghantar anda ke airport untuk penerbangan pulang ke tanah air. Bermalam dlm kapal terbang.

12 jun                      Kuala Lumpur
17:25  di jangka tiba di KLIA. Selamat pulang ke tanah air dengan kenangan manis semasa percutian anda.


Harga Seorg:             RM8,580.00 (Twin Sharing)

Harga Termasuk:
1.     Ticket penerbangan dari Kuala Lumpur pergi dab balik
2.     Cukai lapangan terbang ( Mengikut kadar semasa )
3.     Sambutan di lapangan terbang
4.     Pengangkutan di sepanjang program dengan bas yg selesa
5.     Kidmat pemandu pelancong di Rhine Valley dan Frankfurt
6.     Kidmat pemandu pelancong di Rothenburg ob der Tauber
7.     Kidmat pemandu pelancong di Stuttgart
8.     Kidmat pemandu pelancong di Montreux   
9.     Kidmat pemandu pelancong di Paris
10.  Kidmat pemandu pelancong di Amsterdam
11.  Kidmat pemandu pelancong di Brussels
12.  Kidmat pemandu pelancong di London  
13.  Eurostar ticket Brussels ke  London 
14.  Penginapan hotel 3 star 11 malam  dgn sarapan pagi
15.  Vat and city tax. 



No comments:

Post a Comment