Sunday, 22 April 2012

GERMANY/AUSTRIA/SWITZERLAND/ITALY/FRANCE/BELGIUM/HOLLAND/LONDON

Mosel Valley Germany
Fri, 16 Nov 2012Kuala Lumpur (KUL)
to Frankfurt (FRA)Departs 21:10
Arrives  06:55Economy (E)

Tue, 28 Nov 2012London Heathrow (LHR)
to Kuala Lumpur (KUL)Departs 14:15
Arrives  14:10Economy (E)

Hari Pertama     KLIA – Frankfurt – Rhine(St Goar) – Colmar(France)
Koblenz - Deutsches Eck
Tiba di Frankfurt airport, bertemu dengan pemandu(menunggu dgn nama anda) Menaiki bas untuk memulakan lawatan percutian anda, tempat pertama anda lalui adalah sepanjang Rhine Valley(sungai rhine) yang amat popular dikalangan pelancong sehingga ke St Goar salah sebuah bandar kecil tetua di German.   Dari St Goar meneruskan perjalanan melalui Karlsruhe(black Forest) dan Strasbourg dalam kawasan “Alsace dan Lorraine.  [Alsace dan Lorraine], tidak seperti Kawasan Perancis yang lain, mempunyai kedua dua pengaruh Perancis dan Jerman. Kawasan ini terletak pada pertengahan timur Perancis, dan sebelah utara adalah Jerman dan ke timur oleh Sungai Rhine [dengan Jerman di sepanjang Rhine], selatan adalah Switzerland dan rantau Franche-Comte dan barat oleh pergunungan Vosges yang cantik. Bermalam di Colmar.
Rhinefall

Hari Kedua   Colmar – Schaffhausen – Innsbruck(Austria)
Hari ini selepas sarapan anda menuju Schaffhausen untuk menyaksikan air terjun yang terbesar di Eropah(Rhinefall). Selepas itu meneruskan perjalanan ke Innsbruck(Austria) salah sebuah bandar tertua di Austria yang tekenal dengan Rumah Bumbung Emas nya. Bermalam di Innsbruck.

Hari Ketiga   Innsburck – Verona – Venice(Italy)
Austria
Selepas bersiar2 di Innsbruck meneruskan perjalanan ke Venice melalui Verona. Verona adalah bandar menyimpan sejarah Romeo dan Juliet dan Salah satu daripada bandar-bandar yang paling berkuasa semasa pemerintahan awal Empayar Rom, bandar lama Verona merupakan salah satu bahagian yang terbaik dipelihara di negara ini. Dan jangan ketinggalan melawat Juliet Balcony. Lewat petang meneruskan perjalanan ke Venice. Bermalam di Venice.

Hari Keempat  Venice – Milan – Lucerne
Venice
Selepas sarapan anda akan di hantar ke jeti untuk menaik Water Taxi ke pulau Venice. Bersiar2 di pulau Venice bersama pemandu pelancong. Venice adalah pulau yang selalu  di kunjungi pasangan untuk berbulan madu. Selepas makan tgh hari meneruskan perjalanan ke Milan. Milan sebuah lagi bandar di Negara Italy yang tekenal barang2 berjenama di jual disini. Selepas itu meneruskan perjalanan ke Lucerne. Lucerne salah satu bandar tumpuan pelancong dari serata dunia. Sangat terhibur berjalan2 di bandar Lucerne ini, sambil anda menyusur tasiknya yang cantik dengan air yang jernih, semuanya anda lakukan dengan berjalan kaki melalui Chapel Bridge, Water Tower, Lion Monument dan bersiar2 di Old Town sambil bebelanja di “Casagrande”  kedai yang porpular dengan berbagai2 jenis souvenir. Bermalam di Lucerne.
Cable car Mt Titlis

Hari Kelima  Lucerne Mt Titlis – Geneva
Selepas sarapan bersiar2 di bandar Lucerne kemudian meneruskan perjalanan ke Angelberg untuk menaiki puncak Mt Titlis melalu kawasan perkampungan yang cantik pemandanganya. Mt Titlis dikelilingi oleh glasier alpine. Semasa menaiki ROTAIR kereta kabel berpusing anda akan menyaksikan pemandangan menakjubkan crevasses dalam glasier dan bongkah batu ais gergasi. Di bahagian atas (3020 m - 10000 kaki), pemandangan indah Alps menanti anda. Selepas puas bermain snow ball di puncak Mt Titlis meneruskan perjalanan ke Geneva bandar United Nations dan bandar pusat pamiran. Bermalam di Geneva

Hari Keenam  Geneva – Paris
Paris
Pagi bersiar2 di Geneva, kemudian meneruskan perjalanan ke Paris. Bermalam di Paris

Hari Ketujuh   Paris
Hari ini anda akan menikmati keindahan bandaraya Paris. Anda akan dibawa melawat tempat2 menarik di sekitar kota Paris seperti melawat Vendome Square, Old Opera house, Notre Dame, Eiffel Tower, Arc de Triomphe, Concorde dan banyak lagi. “Champ Elysee  Avenue” (Champ Elysee adalah dataran yang terkenal jadi tumpuan orang ramai).
Amsterdam

Hari Kelapan  Paris – Amsterdam
Meneruskan percutian anda ke Amstedam, terus ke Volandam sebuah  perkampungan nelayan yang terkenal di Holand ini dimana anda boleh membeli cendera hati yang banyak dijual disini. Juga tidak ketinggalan ke Zaanse Schans perkampungan windmill yang terletak di river zaan. Dalam perjalanan anda juga berpeluang singgah di kilang membuat keju. Sekiranya masih ada masa selepas balik dari Volandam boleh lah anda menaiki Canal Cruise untuk mengetahui sejarah bandar Amsterdam. Bermalam di Amsterdam.

Hari Kesembilan  Amsterdam – Brussel – London
Pagi anda akan ditemani pemandu pelancong selama 2 jam Amsterdam city tour. Selepas itu meneruskan perjalanan ke Brussel dimana anda akan melawat Ibu Kota Kesatuan Eropah ini besama pemandu pelancong. Petang meneruskan perjalanan ke London menaiki Eurostar dari Gare du Midi station. Sampai di St Pancras(London) station pemandu menunggu anda untuk menghantar anda ke hotel. Bermalam di London   

Hari Kesepuluh   London
London
Hari ini masa anda untuk mengenali kota London, anda akan dibawa melawat  Kensington Palace, Houses of Parliament, Westminster Abbey, Trafalgar Square and the Changing of the Guard at Buckingham Palace, Tower of London, London Bridge.

Hari Kesebelas  London
Aturcara bebas

Hari Keduabelas   London – Kuala Lumpur
Aturcara bebas sebelum pemandu menghantar anda ke airport untuk penerbangan pulang ke tanah air.

Harga seorg : RM3,328.00  (Bekongsi Bilik)  

 Harga Termasuk:
Kenderaan sepenuh masa 
Kidmat pemandu pelancong di venice
Kidmat pemandu pelancong di Paris
Kidmat pemandu pelancong di Brussel
Kidmat pemandu pelancong di Amsterdam
Kidmat pemandu pelancong di London
Eurostar ticket Brussel ke  London
Penginapan hotel 2-3 star 11 malam
Vat and city tax.

7 comments:

  1. salam nak tanya ade ke pakej ni..tp saya sorg je..dgn sp saya nak join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam - pakej ada, minta email tuan, saya boleh email detail. email saya - europeholidays2012@gmail.com. maaf lambat reply

      Delete
  2. salam..saya berminat tp sy mcm sorang je nk pg..mane nak cari group

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anuar - Group setakat ini dah ada 22 org, dan tempahan masih di buka. Kalau sorg kita akan cuba dptkan kawan sebilik.

      Delete
  3. aduh bole ke pg kalo sy seorang je...seronoknye kalo dapat

    ReplyDelete
  4. aduh sy sgt berminat...tp saya xde group...camne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous - Bulan nov ni tempahan masih dibuka, setakat ini group dah ada 22 org.

      Delete