Friday 15 December 2017

Pakej 7H-6M Meneroka amsterdam/Tulip Garden/Membeli Belah



  Pakej 7H-6M - Meneroka Holland/Tulip Garden/Membeli Belah


Hari  01                     Kuala Lumpur  -  Amsterdam
Menaiki penerbangan ke Amsterdam dari KLIA. Bermalam dalam kapal terbang

Hari  02                      Amsterdam -  Delft    
Tiba di Schipool airport wakil kami menunggu anda. Selesai urusan kastam wakil kami akam membawa anda menaiki keretapi untuk ke guesthause Malaysia di Delft. Tiba di guest hause masa untuk anda berehat selepas perjalanan jauh. Aturcara bebas di Delf
.

Hari 03                      Amsterdam +  Zaanse Schans(Windmill) Dan volendam(Fisherman village)
Selepas sarapan pagi (Masakan Malaysia) guide akan membawa anda kestation keretapi untuk ke Amsterdam City sightseeing. Tiba di Amsterdam Central Station guide akan membawa anda bersiar2 di Damrak hingga ke Damrak Square, Royal Palace danNational Monument, Albert Cuyp Market dan red light area. Selepas City sightseeing Amsterdam anda dibawa melawat kinci air yang terletak di tebing sg Zaanse Schans sebuah perkampungan traditional abad ke 18. Rumah2 dibina separuh kayu ini amat cantik dan unik. Anda juga berpeluang melihatdan di beri penerangan bagaimana chees di buat dan juga cara membuat kasut kayu yang tekenal di Holland ini. Kemudian meneruskan perjalanan ke Volendam adalah sebuah bandar di Belanda di Tasik Markermeer, timur laut Amsterdam. Ia terkenal dengan rumah kayu yang berwarna-warni dan bot nelayan lama di pelabuhannya, yang dipenuhi dengan vendor makanan laut. Muzium Volendam  mempunyai lukisan, ukiran dan tembikar dari tahun 1800 hingga sekarang, sebuah galeri  pakaian tradisional dan mozek yang diperbuat daripada berjuta-juta kotak rokok. Disini anda juga boleh mengambil gambar dalam kostum tradisional Belanda. Disini juga banyak cendera hati dijual, anda perlu pandar tawar menawar Petang balik semula ke guesthouse.
 
Hari 04   Delft  -  Giethoorn (Dutch Venice)  +   
Batavia Stad Fashion Outlet
Selepas sarapan hari ini anda dibawa guide melawat menyaksikan Bandar bebas kereta di Gethoom, dimana rumah2 ladang dibina di tepi sungai yang sangat cantik. Anda berpeluang menaiki boat disungai disini. Selepas menaiki boat masa untuk anda bersiar2 di Bandar Giethoorn sambil melawat rumah2 yang cantik disini. Selepas puas bersiar2 disini anda akan dibawa guide ke Batavia shopping outlet untuk membeli belah.
 


Hari 05          Delft  -  Keukenhof Gardens (Tulip Garden).
Hari ini anda dibawake Tulip garden, habiskan seharian masa anda di taman yang menakjubkan ini yang dipenuhi warna warni bunga tulip luas terbentang. Anda pasti menyukainya.
       
Hari 06            Delft  -  Amsterdam airport – Kuala Lumpur
Aturcara bebas sebelum anda di hantar ke lapangan terbang untuk penerbangan balik ke kuala Lumpur. Bermalam dalam kapal terbang.

Hari 07            Kuala Lumpur
Tiba di KLIA dengan kenagan indah yang akan di kenang selama lamanya.


Pakej  ini:  Minimum 4 org dan max 10 org

Harga seorg:   RM2,700.00

 Termasuk:
1. Jemputan semasa tiba di Schipool airport
2.Tour guide setiap hari bersama anda
3. tour menggunakan train/bas (Public transport) 
4. penginapan di guesthouse(homestay) 4 malam
5. Sarapan pagi dan makan malam (Masakan Malaysia)
6. Train/bas ticket kesemua destinasi tours
7. Tulip Garden entrance
8. VAT and city tax

Monday 21 August 2017

Budget Europe Holidays: Percutian Ke Hollad / Holidays in holland

Budget Europe Holidays: Percutian Ke Hollad / Holidays in holland

Trip to Giethoorn, Netherlands - The Venice of Holland

The Netherlands: Beyond Amsterdam

Percutian Ke Hollad / Holidays in holland

Bersama Kami Bercuti Ke Holland/Belanda

1. Tinggal di guesthouse kepunyaan orang Melayu Malaysia
2. Sarapan disediakan (Masakan Malaysia)
3. Makan Malam disediakan (Masakan Malaysia)
4. Train ticket kemana2 destinasi di Holland disediakan
5. Kad OV juga boleh disediakan untuk menjimatkan tambang bas, metro dan tram.
6. Tour guide Melayu juga boleh disediakan dgn bayaran tambahan


KAPASITI SATU MASA : 10 ORANG  (Jadi jangan tunggu lagi booking awal untuk percutian anda 2017/2018)

Anggaran Kos:

Untuk 5hari/6malam  -  Kurang dari RM2,000.00(Penginapan 5 mlm,sarapan, makan malam, dan train ticket untuk ke 5 destinasi untuk 5 hari)

*****Rebut Peluang Anda dengan tawaran istimewa syarikat penerbangan buat masa ini...

Ini lah masa untuk anda menikmati percutian di Eropah.....

NETHERLANDS summer in Giethoorn (hd-video)

HOLLAND: Windmills of the 'Zaanse Schans' [HD]

Sunday 30 April 2017

11 HARI BANDAR DAN PERKAMPONGAN 6 NEGARA EROPAH






08 dis                    KLIA – Amsterdam
Perjalanan ke Amsterdam, anda boleh memilih mana2 syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah. Tiba di Amsterdam airport anda boleh menaiki shuttle bas percuma ke hotel anda untuk berehat selepas perjalanan jauh 14 jam didalam penerbangan.
09 dis          Amsterdam
9AM berkumpul dan anda di bawa melawat Volandam sebuah perkampongan nelayan yang terkenal di Holand ini dimana anda boleh melihat paras laut lebih tinggi dari daratan. Holand sebuah Negara yang rata tidak berbukit dan dikelilingi air dimana kita akan dapat melihat betapa baiknya system peparitan mereka. Di Volendam ini juga anda boleh membeli cendera hati yang banyak dijual disini. Juga tidak ketinggalan ke Zaanse Schans perkampungan windmill yang terletak di river zaan. Dalam perjalanan anda juga berpeluang singgah di kilang membuat keju. Selesai disini balik ke Bandar Amsterdam untuk bersiar2 di Damrak Square kawasan tumpuan pelancong.
10 dis                   Amsterdam – Brussel - Luxembourg
08:00 pagi anda akan meneruskan perjalanan ke Brussel ibu kota Belgium dan Ibu Kota Kesatuan Eropah. Disini guide menunggu anda di Atomium – mercu tanda Bandar kesatuan Eropah ini, asalnya adalah tempat World Fair pada tahun 1958. Kemudian anda di bawa bersiar2 di kota ini selama 3 jam, selepas sightseeing makan tengahari. Kemudian meneruskan perjalanan anda ke Luxembourg, sebuah Negara kecil dgn kepadatan penduduk lebih kurang 500 Ribu, tapi tahu kah anda Luxembourg ini adalah 10 negara terkaya didunia. Sekarang di kedudukan kedua di dunia selepas Qatar. Luxembourg adalah pusat keewangan, dimana org2 kaya di dunia ini menyimpan wang mereka dan juga Negara industry. Sampai di Luxembourg check in hotel dan masa untuk bersiar2 di kota terkaya ini. Luxembourg juga kaya dengan warisan Roman dan keindahan seni bina, saksikan mercu tanda
Royal Palace Grand Duke.
11 dis                    Luxembourg – Trier – Mosel Valley - Rhine Valley - Frankfurt
08:00 selepas sarapan meneruskan perjalanan anda ke daerah German, Negara pengeluar kereta jenama Mercedes, BMW, VV, opel dan Audi. Daerah pertama anda lawati di German ialah Trier, salah sebuah Bandar roman tertua di german. Guide menunggu anda dan membawa anda bersiar2 di kota lama ini. Trier juga adalah Warisan Dunia UNESCO, orang2 Rome pernah memanggil tempat ini
"Roma secunda" (Rome Kedua) Kemudian meneruskan perjalanan ke Frankfurt melalui Mosel valley(Kawasan percutian) dimana anda saksikan pemandangan yg menakjubkan sepanjang perjalanan anda melalui sepanjang sungai mosel ini sehingga ke Koblenz, di sini anda akan melihat pertemuan dua sungai antara sungai mosel dan rhine. Kemudian sekali lagi anda menikmati pemandangan yg cantik sepanjang sungai rhine kiri kanan ladang anggur dan castle lama. Kemudian anda dibawa ke St. Goar, dimana anda di bawa ke tempat tinggi dan saksikan pemandangan sungai yg cantik ini. Tiba di Frankfurt bermalam disini. Dalam perjalanan melalui Mosel Valley ini adalah lembah sungai yang paling cantik di Germany, melalui pekan2 kecil dimana saksikan rumah2 separuh kayu separuh batu yang unik dan dikelilingi ladang anggor yang ditanam oleh orang Rom 2000 lalu. 
12 dis                     Frankfurt - Wertheim Village - Wurzburg
08:30 lawatan sekitar Frankfurt – melawat Old Town, kawasan Romer dan sekitar, pastikan anda membawa camera untuk mengambil gambar pemandangan seni bina lama yg menakjubkan. Kemudian anda di bawa ke Wertheim Village untuk anda shopping barang berjenama. Anda di beri masa selama 3 - 4 jam disini. Selepas shopping terus ke Wurzburg untuk bermalam.

http://www.wertheimvillage.com/
13 dis                   Wurzburg – Black Forest – Schaffhausen - Lucerne
08:30 check out hotel meneruskan perjalanan melawat Rhinefall (air terjun terbesar di Eropah) melalui Black Forest. Anda juga berpeluang singgah di tempat membuat Cocoo Clock. Selepas di Cocoo Clock terus ke Schaffhausen Waterfall. Selepas melawat waterfall meneruskan perjalanan ke Lucerne. Tiba di Lucerne check in hotel dan masa untuk anda bersiar2 di Bandar peranginan ini. Anda boleh melawat Chapel Bridge, Water Tower, Lion Monument dan bersiar2 di Old Town. Atau anda boleh pergi ke Bucherer membeli jam berjenama dan barang2 mewah lain. Atau bebelanja membeli souvenirs, ada banyak kedai souvenirs disini, salah satu yg popular ialah “Casagrande”

14 dis       Lucerne – Mt Titlis – Interlaken
08:30 meneruskan perjalanan ke Angelberg untuk menaiki puncak Mt Titlis melalu kawasan perkampungan yang cantik pemandanganya. Mt Titlis dikelilingi oleh glasier alpine. Semasa menaiki ROTAIR kereta kabel berpusing anda akan menyaksikan pemandangan menakjubkan crevasses dalam glasier dan bongkah batu ais gergasi. Di bahagian atas (3020 m - 10000 kaki), pemandangan indah Alps menanti anda. Selepas puas bermain snow ball di puncak Mt Titlis meneruskan perjalanan ke Interlaken, sebuah lagi kawasan peranginan yg terkenal di kaki Alp di Swiss ini untuk bermalam.  

http://www.youtube.com/watch?v=AIdz6kGYYIw
15 dis                     Interlaken - Paris
Pagi ini menikmati pemandangan indah di sekitar Bandar Interlaken sebelum anda meneruskan perjalanan jauh ke Paris. Perjalanan mengambil masa 8-9 jam. Tiba di Paris check in hotel.

16 dis                       Paris
09:00 guide betemu anda di loby hotel. Hari ini anda akan menikmati keindahan bandaraya Paris. Anda akan dibawa melawat tempat2 menarik di sekitar kota Paris seperti melawat Vendome Square, Old Opera house, Notre Dame, Eiffel Tower, Arc de Triomphe, Concorde dan banyak lagi.

17 dis                  Paris - Kuala Lumpur
Aturcara bebas sebelum anda dibawa ke airport untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

18 dis                     Kuala Lumpur
Tiba di KLIA dgn kenagan dan pengalaman  indah semasa percutian anda.

 Harga Seorg:  RM4,586.00  (Satu bilik 2 org)

Kanak2 (kongsi dgn 2 dewasa): Berkatil: RM3,921.00 / Tampa katil: RM2,986.00

Termasuk:
1. Pengangkutan mengikut aturcara
2. Tour Leader
3. Pemandu pelancong di Paris, Amsterdam, Brussels and Trier
4. 2&3 star  budget hotel dengan sarapan pagi
5. VAT and city tax


OPTIONAL:                                                                                                                                                                                Sekiranya anda ingin meneruskan perjalanan ke Kota London kami boleh menguruskan untuk anda.


CATITAN:
Pakej ini kami design sesuai dengan keadaan perjalanan musim sejuk, dimana anda boleh saksikan salji yang memutih meliputi rumah2 di kawasan perkampongan, perkampongan dan pekan2 kecil amat cantik ketika musim salji. Kami memilih laluan perjalanan anda melalui lebuh raya dan lembah2 sungai yang cantik pemandanganya, saksikan kebersihan kawasan kampong masyarakat Eropah semasa anda melalui perkampongan mereka.

Friday 17 March 2017

AMSTERDAM - PARIS - LONDON



Hari 01                   Amsterdam   
Tiba di Amsterdam airport meet and greet dan anda di hantar ke hotel di city centre. Masa terluang aturcara bebas. Hotel anda berhampiran Damrak, jadi mudah untuk anda untuk bersia2Hari 02                  Amsterdam
08:30 berkumpul di Damrak 26 untuk menaiki bas. Anda di bawa ke Volandam sebuah  perkampungan nelayan yang terkenal di Holand ini dimana anda boleh membeli cendera hati yang banyak dijual disini. Juga tidak ketinggalan ke Zaanse Schans perkampungan windmill yang terletak di river zaan. Dalam perjalanan anda juga berpeluang singgah di kilang membuat keju dan kasut kayu.. Selesai disini balik ke Bandar Amsterdam.

Aturcara bebas -  bersiar2 di Damrak sambil membeli belah atau anda boleh menaiki River Cruise yg porpular di Amsterdam ini. (River Cruise Ticket EUR14.00)

Hari 03                  Amsterdam -  Paris 
08:30 check out hotel jln kaki ke station keretapi(150 – 200M dari hotel). 9:17AM menaiki keretapi laju ke Paris. 12:35PM tiba di Paris, jln kaki ke hotel berhampiran station.

Hari 04                  Paris  
09:00 mengikuti Paris City sightseeing dgn Hop on Hop Off. Hari ini anda akan menikmati keindahan bandaraya Paris. Anda boleh melawat tempat2 menarik di sekitar kota Paris seperti melawat Vendome Square, Old Opera house, Notre Dame, Eiffel Tower, Arc de Triomphe, Concorde dan banyak lagi. “Champ Elysee  Avenue” (Champ Elysee adalah dataran yang terkenal jadi tumpuan orang ramai).

Hari 05                  Paris  – London   
Selepas sarapan jln kaki ke station untuk menaiki eurostar train ke London. Tiba di London driver menunggu anda dan menghantar anda ke hotel di Bayswater/Hyde Park area. Masa terluang aturcara bebas. Kedudukan hotel di kawasan Hyde Park mudah untuk anda bersiar2 atau membeli belah di Oxford Street.

Hari 06                 London 
09:00 menaiki bas Hop On Hop Off untuk anda menjelajah kota London, melawat Kensington Palace, Houses of Parliament, Westminster Abbey, Trafalgar Square and the Changing of the Guard at Buckingham Palace, Tower of London, London Bridge. 

Hari 07                London  – Kuala Lumpur  
Hari ini aturcara bebas sebelum anda di hantar ke airport untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur


Harga Seorg dari :        RM4,364.00 (Twin Sharing)  
 
Harga Termasuk:
1.    Sambutan di lapangan terbang Amsterdam
2.    1/2 day  Volendam, Zaanse Schans windmill tour dgn guide (5.5 jam)
3.    Train ticket Amsterdam ke Paris 2nd class
4.    Hop On Hop Off Paris ticket
5.    Eurostar train ticket Paris ke London 2nd class
6.    Transfer dari St Pancras station ke hotel London
7.    Hop On Hop Off London ticket
8.    Transfer dari hotel ke Heathrow airport
9.    Penginapan hotel 3 star 6 malam  dgn sarapan pagi
10. Vat and city tax. 

Tidak termasuk:
  1. River cruise Paris EUR14
  2. Canal Cruise Amsterdam EUR14.00
  3. Eiffel Tower ticket 2nd floor EUR9.00
  4. Makan tengahari dan makan malam (Berhampiran hotel anda ada restoran halal
  5. Insuran perjalanan
  6. Perbelanjaan Peribadi di hotel
  7. Lebihan had bagasi
  8. Khidmat porterage 
  9.