Sunday 30 April 2017

11 HARI BANDAR DAN PERKAMPONGAN 6 NEGARA EROPAH






08 dis                    KLIA – Amsterdam
Perjalanan ke Amsterdam, anda boleh memilih mana2 syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah. Tiba di Amsterdam airport anda boleh menaiki shuttle bas percuma ke hotel anda untuk berehat selepas perjalanan jauh 14 jam didalam penerbangan.
09 dis          Amsterdam
9AM berkumpul dan anda di bawa melawat Volandam sebuah perkampongan nelayan yang terkenal di Holand ini dimana anda boleh melihat paras laut lebih tinggi dari daratan. Holand sebuah Negara yang rata tidak berbukit dan dikelilingi air dimana kita akan dapat melihat betapa baiknya system peparitan mereka. Di Volendam ini juga anda boleh membeli cendera hati yang banyak dijual disini. Juga tidak ketinggalan ke Zaanse Schans perkampungan windmill yang terletak di river zaan. Dalam perjalanan anda juga berpeluang singgah di kilang membuat keju. Selesai disini balik ke Bandar Amsterdam untuk bersiar2 di Damrak Square kawasan tumpuan pelancong.
10 dis                   Amsterdam – Brussel - Luxembourg
08:00 pagi anda akan meneruskan perjalanan ke Brussel ibu kota Belgium dan Ibu Kota Kesatuan Eropah. Disini guide menunggu anda di Atomium – mercu tanda Bandar kesatuan Eropah ini, asalnya adalah tempat World Fair pada tahun 1958. Kemudian anda di bawa bersiar2 di kota ini selama 3 jam, selepas sightseeing makan tengahari. Kemudian meneruskan perjalanan anda ke Luxembourg, sebuah Negara kecil dgn kepadatan penduduk lebih kurang 500 Ribu, tapi tahu kah anda Luxembourg ini adalah 10 negara terkaya didunia. Sekarang di kedudukan kedua di dunia selepas Qatar. Luxembourg adalah pusat keewangan, dimana org2 kaya di dunia ini menyimpan wang mereka dan juga Negara industry. Sampai di Luxembourg check in hotel dan masa untuk bersiar2 di kota terkaya ini. Luxembourg juga kaya dengan warisan Roman dan keindahan seni bina, saksikan mercu tanda
Royal Palace Grand Duke.
11 dis                    Luxembourg – Trier – Mosel Valley - Rhine Valley - Frankfurt
08:00 selepas sarapan meneruskan perjalanan anda ke daerah German, Negara pengeluar kereta jenama Mercedes, BMW, VV, opel dan Audi. Daerah pertama anda lawati di German ialah Trier, salah sebuah Bandar roman tertua di german. Guide menunggu anda dan membawa anda bersiar2 di kota lama ini. Trier juga adalah Warisan Dunia UNESCO, orang2 Rome pernah memanggil tempat ini
"Roma secunda" (Rome Kedua) Kemudian meneruskan perjalanan ke Frankfurt melalui Mosel valley(Kawasan percutian) dimana anda saksikan pemandangan yg menakjubkan sepanjang perjalanan anda melalui sepanjang sungai mosel ini sehingga ke Koblenz, di sini anda akan melihat pertemuan dua sungai antara sungai mosel dan rhine. Kemudian sekali lagi anda menikmati pemandangan yg cantik sepanjang sungai rhine kiri kanan ladang anggur dan castle lama. Kemudian anda dibawa ke St. Goar, dimana anda di bawa ke tempat tinggi dan saksikan pemandangan sungai yg cantik ini. Tiba di Frankfurt bermalam disini. Dalam perjalanan melalui Mosel Valley ini adalah lembah sungai yang paling cantik di Germany, melalui pekan2 kecil dimana saksikan rumah2 separuh kayu separuh batu yang unik dan dikelilingi ladang anggor yang ditanam oleh orang Rom 2000 lalu. 
12 dis                     Frankfurt - Wertheim Village - Wurzburg
08:30 lawatan sekitar Frankfurt – melawat Old Town, kawasan Romer dan sekitar, pastikan anda membawa camera untuk mengambil gambar pemandangan seni bina lama yg menakjubkan. Kemudian anda di bawa ke Wertheim Village untuk anda shopping barang berjenama. Anda di beri masa selama 3 - 4 jam disini. Selepas shopping terus ke Wurzburg untuk bermalam.

http://www.wertheimvillage.com/
13 dis                   Wurzburg – Black Forest – Schaffhausen - Lucerne
08:30 check out hotel meneruskan perjalanan melawat Rhinefall (air terjun terbesar di Eropah) melalui Black Forest. Anda juga berpeluang singgah di tempat membuat Cocoo Clock. Selepas di Cocoo Clock terus ke Schaffhausen Waterfall. Selepas melawat waterfall meneruskan perjalanan ke Lucerne. Tiba di Lucerne check in hotel dan masa untuk anda bersiar2 di Bandar peranginan ini. Anda boleh melawat Chapel Bridge, Water Tower, Lion Monument dan bersiar2 di Old Town. Atau anda boleh pergi ke Bucherer membeli jam berjenama dan barang2 mewah lain. Atau bebelanja membeli souvenirs, ada banyak kedai souvenirs disini, salah satu yg popular ialah “Casagrande”

14 dis       Lucerne – Mt Titlis – Interlaken
08:30 meneruskan perjalanan ke Angelberg untuk menaiki puncak Mt Titlis melalu kawasan perkampungan yang cantik pemandanganya. Mt Titlis dikelilingi oleh glasier alpine. Semasa menaiki ROTAIR kereta kabel berpusing anda akan menyaksikan pemandangan menakjubkan crevasses dalam glasier dan bongkah batu ais gergasi. Di bahagian atas (3020 m - 10000 kaki), pemandangan indah Alps menanti anda. Selepas puas bermain snow ball di puncak Mt Titlis meneruskan perjalanan ke Interlaken, sebuah lagi kawasan peranginan yg terkenal di kaki Alp di Swiss ini untuk bermalam.  

http://www.youtube.com/watch?v=AIdz6kGYYIw
15 dis                     Interlaken - Paris
Pagi ini menikmati pemandangan indah di sekitar Bandar Interlaken sebelum anda meneruskan perjalanan jauh ke Paris. Perjalanan mengambil masa 8-9 jam. Tiba di Paris check in hotel.

16 dis                       Paris
09:00 guide betemu anda di loby hotel. Hari ini anda akan menikmati keindahan bandaraya Paris. Anda akan dibawa melawat tempat2 menarik di sekitar kota Paris seperti melawat Vendome Square, Old Opera house, Notre Dame, Eiffel Tower, Arc de Triomphe, Concorde dan banyak lagi.

17 dis                  Paris - Kuala Lumpur
Aturcara bebas sebelum anda dibawa ke airport untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

18 dis                     Kuala Lumpur
Tiba di KLIA dgn kenagan dan pengalaman  indah semasa percutian anda.

 Harga Seorg:  RM4,586.00  (Satu bilik 2 org)

Kanak2 (kongsi dgn 2 dewasa): Berkatil: RM3,921.00 / Tampa katil: RM2,986.00

Termasuk:
1. Pengangkutan mengikut aturcara
2. Tour Leader
3. Pemandu pelancong di Paris, Amsterdam, Brussels and Trier
4. 2&3 star  budget hotel dengan sarapan pagi
5. VAT and city tax


OPTIONAL:                                                                                                                                                                                Sekiranya anda ingin meneruskan perjalanan ke Kota London kami boleh menguruskan untuk anda.


CATITAN:
Pakej ini kami design sesuai dengan keadaan perjalanan musim sejuk, dimana anda boleh saksikan salji yang memutih meliputi rumah2 di kawasan perkampongan, perkampongan dan pekan2 kecil amat cantik ketika musim salji. Kami memilih laluan perjalanan anda melalui lebuh raya dan lembah2 sungai yang cantik pemandanganya, saksikan kebersihan kawasan kampong masyarakat Eropah semasa anda melalui perkampongan mereka.

No comments:

Post a Comment