Hari
Pertama Paris
Tiba di Paris airport dari Kuala Lumpur,
bertemu dengan pemandu(menunggu dgn nama anda) untuk membawa anda ke tempat
penginapan di tengah2 kota Paris. Oleh kerana
penerbangan sampai awal di Paris dan masa check in hotel adalah selepas jam
2ptg, simpan beg anda di tempat simpan barang. Dan anda boleh lah bersiar2 di
sekitar tempat penginapan, kerana kami memilih tempat penginapan anda di tengah2 kota Paris.
Hari Kedua Paris
Hari ini anda akan menikmati keindahan bandaraya
Paris. Jam 9AM pemandu pelancong
akan bertemu anda di hotel dan akan membawa anda melawat tempat2 menarik di
sekitar kota Paris ini. Di Paris lebih
baik mengunakan metro dari satu tempat kesatu tempat, kerana lebih cepat. Anda
akan dibawa melawat Vendome Square, Old Opera house, Notre Dame, Eiffel Tower,
Arc de Triomphe, Concorde dan banyak lagi. Pemandu pelancong akan bersama anda
6 jam. Selepas habis masa besama pemandu pelancong, anda boleh meneruskan
lawatan anda, minta penerangan dengan pemandu pelancong bagaimana untuk pulang
ke hotel anda. “Champ Elysee Avenue” (Champ Elysee adalah dataran yang
terkenal jadi tumpuan orang ramai) Baik
untuk anda bersiar siar waktu malam dari
Place de Concorde ke Arc de Triomphe. Kebanyakan
kedai disini di buka hingga lewat malam.
Note: Saya cadangkan supaya tour anda
bersama pemandu pelancong habis di Eiffel tower, supaya anda mempunyai masa
yang cukup untuk berada di Eiffel tower. Pemandu pelancong akan meninggalkan
anda di Eiffel tower dengan penerangan lengkap apa perlu anda buat selepas itu.
Habis melawat Eiffel tower anda boleh menaiki river cruise, dimana jeti
pelepasan berada berhampiran Eiffel tower, pemandu pelancong akan memberi
penerangan jelas kepada anda sebelum dia meninggalkan anda.
Hari
Ketiga Paris – London
Awal pagi
daftar keluar hotel dan menaiki taxi ke Gare du Nord station untuk menaiki
Eurostar train ke London. Sampai di St Pancras station di London, guide menunggu
anda untuk membawa anda mengenali kota London (simpan beg anda di tempat simpan
barang di St. Pancras station). Anda akan di bawa melawat Kensington Palace, Houses of Parliament,
Westminster Abbey, Trafalgar Square and the Changing of the Guard at Buckingham
Palace, Tower of London, London Bridge di temani pemandu pelancong anda. Pegerakan dari satu tempat kesatu tempat,
anda akan mengunakan bas atau tube(Underground)
besama pemandu pelancong. Masa bersama pemandu pelancong 6 jam. Habis
tour bersama pemandu pelancong anda akan balik ke St Pancras station untuk
mengambil beg anda, dan disana driver menunggu anda untuk menghantar anda ke
penginapan.
Hari
Keempat London
Hari ini aturcara bebas,
gunakan London Travelcard untuk anda berjalan2 atau membeli belah di kota
London. (London travelcard boleh di gunakan untuk public transport tampa had).
Hari
Kelima London - Amsterdam
Awal pagi daftar keluar dan pemandu akan membawa anda ke Gatwick airport
untuk penerbangan ke Amsterdam. Sampai di Amsterdasm airport pemandu pelancong
menunggu anda untuk membawa anda tour di luar kota Amsterdam. Menaiki minibus ke Volandam sebuah perkampungan nelayan yang terkenal di Holand
ini dimana anda boleh membeli cendera hati yang banyak dijual disini. Juga tidak
ketinggalan ke Zaanse Schans perkampungan windmill yang terletak di river zaan.
Dalam perjalanan anda juga berpeluang singgah di kilang membuat keju. Apabila
selesai besama pemandu pelancong, anda akan di hantar ke penginapan.
Hari Keenam Amsterdam
Aturcara bebas hari ini, anda boleh menaiki
canal cruise (ticket EUR12 untuk seorg), atau melawat Van Gosh museum. Bersiar2
di Damrak dan di kawasan Royal Palace di Damrak square, melawat kilang
diamonds. Atau anda boleh menyewa basikal dan rasakan keunikan bebasikal di
kota Amsterdam ini amat menghiburkan.
Hari Ketujuh
Amsterdam – Brussel - Paris
Hari Kelapan
Paris – Kuala Lumpur
Aturcara bebas sebelum
pemandu menghantar anda ke airport untuk penerbangan pulang ke tanah air.
HARGA SEORG:
DARI RM2945.00
Price Include:
Pick-up di airport masa
sampai dari Kuala Lumpur
Sightseeing Paris bersama
guide
Eurostar ticket Paris ke
London
Sightseeing London
bersama guide
Transfer dari St Pancras
station ke hotel di London
Transfer dari hotel di
London untuk penerbangan ke Amsterdam
Budget airline
ticket London ke Amsterdam
Amsterdam sightseeing
bersama guide
Train ticket dari
Amsterdam ke Brussel
Train ticket dari Brussel
ke Paris
Airport transfer dari
hotel ke airport di Paris
7 mlm penginapan (2 star
hotel atau apartmenrt atau homestay)
Vat and
city tax.
slm..sye nk tny,cmner nk cntct utk nk th lg detail mngenai agency travel encik?have another link to view for a detailed info?
ReplyDeleteFarah - Farah boleh contact saya melalui email: europeholidays@gmail.com atau nphone saya 0168286157.
ReplyDeleteSaya adalah wakil Aida Travel yg beroperasi di Germany.