Thursday 9 August 2012

10 Hari Backpacker Central Europe Dgn Bas...



Hari Pertama      London  
Tiba di Heatrhow airport  dari Kuala Lumpur, selepas pemeriksaan kastam anda boleh terus ke station keretapi di airport untuk menaiki train ke hotel penginapan anda
Hari Kedua  London
Hari ini mengunakan Hop on Hop off untuk menjelajah kota London dan melawat Kensington Palace, Houses of Parliament, Westminster Abbey, Trafalgar Square and the Changing of the Guard at Buckingham Palace,   London Bridge dan banyak lagi. Atau anda boleh mengunakan London travelcard boleh guna tanpa had. Mlm jam 21:30 menaiki tube ke Victoria bas station untuk menaiki bas mlm ke Paris. Bermalam dlm bas.
Hari Ketiga   London - Paris   
Jam 07:45 sampai di bas station Paris, menaiki Metro ke hotel.  Hari ini aturcara bebas, Saya cadangkan anda menaiki Eiffel Tower hari ini, supaya anda mempunyai masa yang cukup disini. Selepas Eiffel tower anda juga boleh menaiki river cruise dimana jety menaiki cruise berada berhampiran Eiffel Tower. Sekiranya ada masa boleh mengunjungi Louvre museum (Louvre Pyramid) dimana berpeluang menyaksikan lukisan Monalisa disini. (kami akan lampirkan panduan mengunakan metro untuk melawat tempat2 ini)
Hari Keempat   Paris
Sama ada mengunakan Hop on Hop off bas atau metropass untuk menjelajah tempat2 menarik di kota Paris ini. Anda boleh melawat Vendome Square, Old Opera house, Notre Dame, Eiffel Tower, Arc de Triomphe, Concorde dan banyak lagi. Mlm jam 22:30 menaiki metro ke bas station Paris untuk menaiki bas mlm ke Amsterdam. Bermalam dlm bas
Hari Kelima   Paris  – Amsterdam  
Awal pagi jam 06:30 sampai Amsterdam central, menaiki train atau tran ke hotel. Selesai urusan hotel, boleh lah anda bersiar2 di Damrak atau menaiki Canal Cruise untuk mengetahui sejarah bandar Amsterdam.
 Hari Keenam    Amsterdam   - Frankfurt  
Hari ini aturcara bebas, sama ada anda mengambil tour keluar kota Amsterdam, Volendam, Maken, Zaanse Schans mengunakan bas. Mlm jam 22:00 menaiki bas mlm ke Frankfurt. Bermalam dlm bas
 Hari Ketujuh    Frankfurt  
Awal pagi jam 05:00 sampai di Frankfurt. Berehat sebentar sebelum anda meneruskan ke hotel. Masa untuk mengenali Frankfurt hari ini. Frankfurt adalah pusat keewangan Eropah. Bersiar2 di Romer square di Old Town.
Hari Kelapan   Frankfurt – Zurich  
Pagi ini jam 08:00 menaiki bas ke Zurich, dimana anda berpeluang melihat pemandangan yg cantik sepanjang perjalanan ke Zurich. Jam 14:45 sampai di bas station Zurich terus ke hotel.
 Hari Kesembilan     Zurich – Lucerne - Zurich
Jgn lepaskan peluang untuk bersiar2 di Bandar peranginan Lucerne menaiki keretapi pejalan Cuma 50 minit sahaja. Anda juga boleh terus ke Mt titlis untuk bermain salji. Mlm balik ke Zurich
 Hari Kesepuluh   Zurich – Kuala Lumpur.
Aturcara bebas sebelum anda menaiki train ke airport untuk penerbangan pulang ketanah air.

Kelebihan Bersama Aida Travel:
1.     Anda tidak perlu risau dan bimbang ketika mengunakan public transport – kami menyediakan panduan lengkap sehingga semudah anda mengunakan bas atau lrt di tempat anda.
2.     Kedudukan hotel berhampiran station (bas,tube,tram,metro)
3.     Kedudukan hotel berhampiran kedai makan halal
4.     Kidmat beterusan 24 jam semasa anda berada dlm percutian bersama kami melalui SMS, contuh kalau anda tersalah jalan, tersalah naik metro, tidak tahu untuk menuju tempat yg anda ingin lawati – mudah sahaja, anda Cuma perlu SMS kami dan kami akan member panduan melalui SMS dgn lengkap.
5.     Kemahiran dan pengalaman aida travel beroperasi di Eropah selama lebih 15 tahun memudahkan kami mengetahui seluk beluk semasa anda memerlukan kami
6.     Kami juga mempunyai alamat kedai makan halal yang harga berpatutan untuk anda.
7.     Dapatkan tip menjimatkan wang  semasa percutian anda dari kami

HARGA SEORG: RM2,193.00(2 org sebilik)
                                RM1,806.00(3 org sebilik)
Harga Termasuk:
1.     Bas ticket Lodon ke Paris
2.     Bas ticket Paris ke Amsterdam
3.     Bas ticket Amsterdam ke Frankfurt
4.     Bas ticket Frankfurt ke Zurich
5.     6  mlm 2 star hotel
6.     Vat and city tax
 Peringatan:
1.    Pastikan anda membuat tempahan awal, paling kurang 90 hari sebelum berlepas untuk mengekalkan harga tawaran.
2.    Sekiranya anda masih kurang mampu dgn harga di atas, singkatkan percutian anda mengikut kemampuan anda 

No comments:

Post a Comment